Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Dron Untuk Merakamkan Selfie

Samsung sebelum ini telah hadir dengan beberapa produk baru di pasaran, termasuk phablet, jam tangan pintar, peranti realiti-maya dan sebagainya. Kini, Samsung dilaporkan sedang membangunkan sebuah lagi peranti baru yang mana mungkin merupakan sebuah dron yang hadir dengan fungsi khusus merakamkan selfie.

Dron boleh dikatakan telah menjadi salah satu gajet yang menjadi minat ramai pengguna akhir-akhir ini, terdiri daripada pelbagai jenis variasi, termasuk bersaiz mini, mahupun yang khusus untuk merakamkan selfie.

Projek baru Samsung ini boleh dikatakan masih pada peringkat awal dan maklumat lanjut berkaitannya masih samar-samar buat masa ini. Mungkin jika Samsung hadir dengan penawaran dron menarik serta masa bertahan bateri yang lama, ia mungkin akan menjadi salah satu produk menarik daripada syarikat gergasi Korea Selatan tersebut.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Dilaporkan Sedang Membangunkan Dron Untuk Merakamkan Selfie"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info