Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerentanan Baru Ditemui Pada Android 2.2 Dan Terkini Membuatkan Peranti Terdedah Kepada Godaman Melalui MMS

Kalau anda pernah melihat filem Non-Stop, anda mungkin teringat akan suatu aksi pada filem berkenaan, dimana godaman dilakukan menggunakan MMS ringkas. Perkara lebih kurang seperti itu nampaknya kini memberikan kesan kepada majoriti pengguna Android apabila sebuah kerentanan baru ditemui hari ini.

Melalui kerentanan baru yang ditemui yang turut dikatakan ramai sebagai kerentanan paling teruk dalam sejarah sistem operasi mudah-alih, ia dikatakan pengodam boleh mengodam dan mencuri data pengguna dengan hanya menghantar sebuah MMS sahaja. MMS tersebut hanya perlu dihantar sahaja, dan tidak perlu dibuka olh pengguna untuk mengaktifkannya. Melalui godaman, selain daripada mencuri data, ia juga turut boleh mengakses kamera dan juga mikrofon pada peranti pengguna.

Ia dikatakan kerentanan ini hadir daripada salah satu masalah pada sistem yang melibatkan fungsi yang ditujukan untuk Google Hangouts. Jika pengguna tidak menggunakan Google Hangouts untuk permesejan, sebaliknya aplikasi lain, pengguna akan hanya terdedah untuk masalah ini jika mereka membuka MMS yang diterima.

Google mengatakan mereka telah mengeluarkan kemaskini sekuriti untuknya – tetapi ia agak mendukacitakan kerana kemaskini untuk Android sering mengambil masa yang agak lama, dan sejumlah besar peranti tidak akan menerimanya.

Tiada kaedah yang diketahui lagi buat masa ini untuk mengatasi masalah ini memandangkan kemaskini yang tidak akan hadir kepada peranti dalam masa terdekat. Buat masa ini, sejumlah pengguna menasihatkan untuk tidak mengaktifkan fungsi “Auto-Retrieve MMS” pada aplikasi mereka.

Untuk melakukannya, pada Google Hangouts, pergi ke Settings > SMS > dan padamkan “Auto Retrieve MMS”. Perkara sama turut boleh dilakukan pada aplikasi permesejan lain yang digunakan anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kerentanan Baru Ditemui Pada Android 2.2 Dan Terkini Membuatkan Peranti Terdedah Kepada Godaman Melalui MMS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info