Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Peredam Bunyi Lebuhraya Merangkap Panel Solar Sedang Diuji Di Belanda

Dunia sedang giat membangunkan teknologi penjanaan elektrik lestari. Ini bagi mengurangkan pencemaran akibat penggunaan bahan api fosil. Belanda ialah salah sebuah negara yang cuba meningkatkan penggunaan tenaga yang dijana dari sumber mesra alam. Kerana faktor geografi (Belanda adalah negara yang mendatar), jumlah stesen janakuasa hidroelektrik adalah terhad. Sumber kuasa mesra alam utama di Belanda pada waktu ini ialah menggunakan tenaga angin.

Di Belanda pengguna boleh meminta untuk hanya menggunakan sumber elektrik yang dijana sepenuhnya menggunakan sumber mesra alam. Oleh kerana permintaan yang semakin meningkat akibat kesedaran perlunya memelihara alam sekitar, kincir udara yang sedia ada tidak mampu memenuhi keperluan domestik. Bekalan elektrik mesra alam terpaksa diimport dari Norway yang menjananya menggunakan stesen hidroelektrik.

LCS-Solard-1

Jalan penyelesaian yang kreatif perlu dicipta bagi mengurangkan pergantungan kepada negara luar. Menjana elektrik menggunakan panel solar yang terbina di dalam peredam bunyi lebuhraya adalah antara penyelesaian yang sedang dicipta. Panel peredam bunyi yang dibina sepanjang lebuhraya di Belanda kini dipasang dengan panel solar berteknologi Luminescent Solar Concentrators (LCS). Ujian dilakukan bagi melihat kesesuaiannya digunakan untuk menjadi elektrik mesra alam secara besar-besaran

Panel solar LCS berbeza dengan panel solar konvensional kerana ianya lutcahaya. Cahaya dari matahari memasuki panel LCS dan kemudian dipantulkan ke arah sel fotovoltaik pada bahagian bingkai. Ini membolehkan panel LCS menjana kuasa elektrik walaupun ketika cuaca mendung. Cahaya yang sedikit boleh ditumpukan bagi menjadi tenaga elektrik pada sel fotovoltaik. Panel kaca LCS yang lutsinar membolehkan ia diwarnakan mengikut kehendak pengguna.

Panel LCS sepanjang 1 kilometer mampu menghasilkan bekalan elektrik yang cukup untuk 50 buah rumah. Tidak seperti panel solar konvensional ia kurang menyilaukan mata sekaligus membolehkan ia dipasang pada taman awam. Secara teori ia turut boleh digunakan sebagai cermin tingkap bangunan. Projek LCS ialah salah satu projek mesra alam yang sedang diuji. Pada waktu yang sama projek Solaroad, laluan basikal dengan panel solar terbina turut sedang dicuba di bandar Kromannie Belanda.

LCS-Solard-2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Peredam Bunyi Lebuhraya Merangkap Panel Solar Sedang Diuji Di Belanda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info