Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Pembantu Digital Dipanggil Moneypenny

Pembantu digital telah menjadi salah satu penawaran daripada pelbagai gergasi internet pada era ini, termasuk Apple dengan Siri, Google dengan Google Now dan Microsoft dengan Cortana. Facebook yang mana merupakan antara gergasi ICT terbesar dunia dilihat tidak ingin ketinggalan dan dilaporkan sedang membangunkan pembantu digital tersendiri dinamakan “Moneypenny”.

Facebook F8

Buat masa ini, maklumat berkaitan penawaran Facebook ini masih samar-samar lagi. Ia dikatakan Facebook tidak akan menggunakan sistem maya, sebaliknya manusia sebenar akan menjawab persoalan yang ditimbulkan. Fungsi ini mungkin lebih kepada membeli-belah dan pertanyaan berkaitan dengannya pada peringkat awal sebelum diperluaskan ke penawaran lain.

Fungsi ini dijangka akan disertakan pada Facebook Messenger dalam membantu pengguna membuat pilihan dan sebagainya.

Maklumat penuh berkaitan dengan Moneypenny ini masih menjadi tanda tanya, dan masih tiada sebarang tarikh untuk pelancaran perkhidmatan ini. Seperti biasa, “Moneypenny” hanya nama kod sahaja, dan nama akhir perkhidmatan berkenaan mungkin berbeza.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Dilaporkan Sedang Membangunkan Pembantu Digital Dipanggil Moneypenny"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info