Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nokia Menjadualkan Acara Misteri Pada 28 Julai

Nokia boleh dikatakan agak memfokuskan kepada perkhidmatan rangkaian telekomunikasi selepas penjualan bahagian peranti mereka kepada Microsoft. Namun, akhir-akhir ini, bahagian pemetaan mereka agak mendapat perhatian ramai, selain pelbagai desas-desus berkaitan penyertaan kembali Nokia ke dunia peranti mudah-alih seawal suku ke-4 2016 kelak.

Apa pun, agak menarik perhatian ramai kini apabila Nokia menjadualkan sebuah acara media pada 28 Julai kelak, dan ia dibawakan oleh bahagian Nokia Technologies.

Nokia NOW HERE

Tiada sebarang petanda yang diberikan oleh Nokia untuk acara berkenaan – tetapi penggunaan gambar dua lensa pada bahagian atas membawa kepada desas-desus berkaitan Nokia mungkin mengumumkan sesuatu berkaitan teknologi realiti-maya. Apa pun, ia hanya sekadar spekulasi sahaja berdasarkan gambar yang dihantar bersama. Tetapi, pada masa yang sama penggunaan perkataan “HERE” juga turut membawa kepada tanggapan ia mungkin berkaitan dengan bahagian pemetaan mereka.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Nokia Technologies pada acara yang dijadualkan minggu hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nokia Menjadualkan Acara Misteri Pada 28 Julai"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info