Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Meizu M2 Note Akan Dijual Di Malaysia Bermula Khamis Ini Pada Harga RM799

Meizu M2 Note merupakan telefon berspesifikasi pertengahan daripada Meizu, dan telah dilancarkan di China pada bulan lepas. Kini, Blue Kor = pengedar rasmi peranti Meizu di Malaysia turut telah mengumumkan akan membawa masuknya, dan akan menawarkannya di Malaysia bermula hari Khamis ini, 23 Julai 2015.

Meizu M2 Note

Meizu M2 Note membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, menggunakan cip MediaTek MTK6753 64-bit 1.3Ghz, dan memori 2GB RAM. Ia turut dilengkapi dengan kamera belakang 13-megapixel, serta kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini membawakan sokongan dwi-SIM (bersaiz nano), dan ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan dengan sokongan mikro-SD.

Di Malaysia, Meizu M2 Note akan dijual pada harga RM799. Apa pun, untuk tempoh pengenalan, ia akan eksklusif bersama Lazada selama 2 minggu bermula 23 Julai 2015, 12 tengah hari ini. Ia akan ditawarkan dalam pilihan kelabu sahaja, dan untuk promosi pengenalan, Lazada akan menawarkan ia pada harga RM699 yang mana hadirnya bersama pelindung kerangka belakang serta Tempered Glass.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Meizu M2 Note Akan Dijual Di Malaysia Bermula Khamis Ini Pada Harga RM799"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info