Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kasut Larian Pintar Xiaomi-Li Ning Akan Dijual Pada Harga Bermula RM122 Sepasang

Xiaomi mengumumkan kasut larian pintar mereka yang dihasilkan secara kerjasama dengan Li Ning Mac lalu. Kasut pintar ini akan mula dijual 20 Julai hadapan di China dengan harga bermula dari 199 Yuan (RM 122) sepasang. Terdapat sebuah lagi versi kasut larian pintar ini yang dijual pada harga 399 Yuan (RM 244). Kasut pintar ini boleh memantau perkembangan semasa pengguna seperti jumlah langkah, jarak larian dan kalori yang dibakar. Pada masa yang sama ia membuat analisa dan memantau pencapaian mereka. Kasut ditambat secara Bluetooth kepada peranti pintar dan menurut Xiaomi sensor pada kasut boleh berfungsi lebih daripada setahun sebelum perlu diganti.

Xiaomi Li Ning Kasut Pintar

Kasut pintar Xiaomi-Li Ning ini hanya akan dijual di China buat masa ini. Tidak diketahui sama ada seperti penapis air pintar Mi Water Filter yang diumumkan semalam akan memasuki pasaran Malaysia. Pengguna Malaysia masih menanti Mi TV untuk dijual. Adakah anda berminat untuk memiliki kasut dan juga penapis air pintar Xiaomi?

 

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kasut Larian Pintar Xiaomi-Li Ning Akan Dijual Pada Harga Bermula RM122 Sepasang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info