Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Candle Charger – Pengecas Peranti Menggunakan Hanya Kuasa Lilin

Power bank ialah aksesori yang kini wajib dimiliki pengguna peranti pintar. Ia memanjangkan hayat peranti yang dibawa kerana teknologi bateri yang digunakan sekarang masih belum mampu mewujudkan peranti yang boleh bertahan selama 3 hari. Di dalam situasi kecemasan seperti banjir, power bank menjadi satu-satunya cara untuk mengecas peranti kerana bekalan elektrik terputus. Ketika banjir Pantai Timur tahun lalu, power bank ialah antara peralatan yang diminta untuk didermakan kepada mangsa banjir bagi memudahkan proses perhubungan sementara menanti bekalan elektrik pulih.

Candel-Charger-Stower-1

Mungkin selepas ini Candle Charger ialah antara alat kecemasan yang perlu dibeli bagi situasi kecemasan. Dari namanya anda boleh meneka ia sebuah pengecas peranti yang menjana kuasa elektrik hanya menggunakan lilin. Arus dijana menggunakan termogandingan (thermocouple) terbina. Lilin khas yang digunakan mampu menyala selama 6 jam dan menghasilkan kuasa yang cukup untuk mengecas sebuah iPhone sebanyak dua kali. Anda hanya perlu menambah air di dalam takungan khas setiap 30 minit bagi mengelakkan termogandingan menjadi terlalu panas.

Selain digunakan ketika waktu kecemasan ataupun berkhemah, kami merasakan Candle Charger sesuai digunakan ketika balik beraya di kampung. Tidak perlu berebut palam kuasa dengan saudara mara dan lilin Candle Charge boleh juga menggantikan pelita di luar rumah nenek. Pengecas berkuasa lilin ini dijual pada harga $75 sebuah. Ini mungkin aksesori yang ingin kami miliki kerana sangat berguna ketika kecemasan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Candle Charger – Pengecas Peranti Menggunakan Hanya Kuasa Lilin"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info