Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Bakal Melancarkan Windows 10 Pada 29 Julai 2015

Setelah sekian lama menjadi tanda tanya berkenaan bilakah sistem operasi generasi baru Windows 10 akan dilancarkan, hari ini, Microsoft mengumumkannya dengan memuat-naik sebuah video khusus memperlihatkan fungsi Windows 10, dan mengatakan ia akan dilancarkan kepada umum pada 29 Julai 2015 kelak.

Windows 10

Windows 10 merupakan sistem operasi Microsoft terkini yang diopimasikan untuk pelbagai saiz skrin, membawakan menu Start baru, dilengkapi integrasi Cortana, dan kebolehan menjalankan aplikasi ModernUI pada tetingkap dalam desktop. Disamping itu, Microsoft juga turut menyertakan pelayar web baru dinamakan Edge pada Windows 10 ini.

Windows Store turut dikemaskini dan Microsoft menekannya sebagai pusat sehenti untuk mendapatkan pelbagai jenis kandungan – tidak terhad untuk perisian, tetapi turut meliputi lagu, filem dan sebagainya.

Windows 10 akan ditawarkan secara percuma untuk pengguna Windows 7 dan juga Windows 8.1. Microsoft telah mula menghantar notifikasi kepada pengguna supaya tidak terlepas dengan kemaskini ini bermula hari ini.

Jadi, sama-sama kita nantikan tarikh 29 Julai kelak untuk memulakan proses kemaskini ke sistem operasi generasi baru daripada Microsoft.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Bakal Melancarkan Windows 10 Pada 29 Julai 2015"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info