Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Malaysian Airlines Menjadi Syarikat Penerbangan Pertama Menjejak Pesawat Menggunakan Satelit

Kehilangan pesawat MH370 masih lagi menjadi misteri. Tiga tahun sudah berlalu dan pesawat ini masih lagi belum ditemui dengan hanya cebisan ditemui terdampar di beberapa negara. Bagi mengelakkan tragedi seperti ini berulang, Malaysia Airlines kini menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang menjejak kesemua pesawat mereka menggunakan sistem satelit.

Malaysia Airlines Berhad menandatangani perjanjian dengan Aireon LLC, SITAONAIR dan FlightAware LLC  untuk menjejak pesawat mereka sepanjang masa. Lokasi pesawat boleh diketahui walaupun ia terbang merentasi kutub dan laut yang terbentang luas.

Tragedi MH370 membuka mata dunia aeronautik tentang kelemahan sistem pengesanan pesawat sedia ada. Perkara positif yang boleh kita ambil dari kehilangan 239 krew dan penumpang MH370 ialah industri penerbangan kini semakin selamat berbanding tiga tahun dahulu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Malaysian Airlines Menjadi Syarikat Penerbangan Pertama Menjejak Pesawat Menggunakan Satelit"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info