Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Memperkenalkan ZenWatch 2 Dengan Pilihan Saiz Berbeza

Asus pada tahun lepas telah memperkenalkan jam tangan pintar berasaskan Android Wear mereka dinamakan sebagai ZenWatch. Kini, selepas pelbagai teka-teki berkenaan bilakah Asus akan melancarkannya, hari ini, bersempena dengan Computex 2015, Asus telah pun mengumumkan versi baru peranti berkenaan.

Seperti biasa, ia dikenali dengan penambahan angka pada penghujung nama – iaitu Asus ZenWatch 2. Asus mengekalkan rekaan yang menarik pada peranti ini, tetapi pada masa yang sama membawakan sebuah butang pada bahagian tepi yang berfungsi sebagai butang kuasa.

Asus ZenWatch 2

Asus juga memberikan lebih pilihan untuk mengubahnya mengikut citarasa pengguna sendiri – termasuk penawaran saiz ZenWatch 2 yang berbeza bersesuaian dengan tangan pengguna – iaitu pada saiz 49mmx41mm dan jua 45mmx37mm. Kedua-duanya juga menggunakan saiz tali strap yang berbeza.

Bercakap mengenai strap, Asus juga menyediakan sejumlah pilihan kepada pengguna untuk memilihnya dari segi warna (tiga jenis warna) sehinggalah kepada jenis bahan untuknya (pilihan tali berasaskan logam). Ia juga berkemungkinan dijual sebagai aksesori berasingan kepada para pengguna.

Asus ZenWatch 2

Asus ZenWatch 2 ini turut dilengkapi dengan kaca Gorilla Glass 3 dengan paparan AMOLED, cip pemprosesan Qualcomm, serta dilengkapi dengan kalis air IP67. Menjalankan Android Wear, pengguna boleh melakukan pelbagai perkara menggunakannya termasuk menggunakan ribuan aplikasi yang tersedia untuknya, selain fungsi Google Now.

Untuk pengecasan, ia menggunakan pengecas tersendiri tetapi menggunakan penghubung berasaskan magnetic yang lebih mesra berbanding pada ZenWatch generasi pertama. Asus mengatakan ia akan mengecas lebih pantas, tetapi tidak memberitahu akan mengenai ketahanan masa penggunaannya buat masa ini.

Asus masih tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan bilakah mereka akan memulakan jualan ZenWatch 2 ini – dan seperti biasa, ia menjadi tanda tanya sama ada jam tangan Android Wear ini akan memasuki pasaran Malaysia ataupun sebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Memperkenalkan ZenWatch 2 Dengan Pilihan Saiz Berbeza"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info