Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Melancarkan Zen AiO – AIO Berspesifikasi Tinggi, Core i7, Kamera RealSense 3D dan USB-C

Zen-AIO-main

Asus tidak mahu ketinggalan dalam menghasilkan AIO berprestasi tinggi. Zen AiO yang baru dilancarkan sebentar tadi menggabungkan rekaan premium dengan spesifikasi yang akan menggembirakan golongan pemain permainan video tegar.  Dua model dihasilkan iaitu Zen AiO Z240IC dengan skrin 23.8″ dan Zen AiO Z220IC dengan skrin 21.5″. Kedua-dua model menggunakan pemproses Intel Core i7, RAM 32 Gigabyte dan muatan dalaman SSD 512 Gigabyte. Kad grafik Nvidia Geforce 960m dengan RAM 4 Gigabyte melengkapi spesifikasi AIO ini. Zen AiO juga menurut Asus adalah AIO pertama yang dilengkapi port USB-C.

Pada model Zen AiO Z240IC kamera Intel RealSense 3D turut disertakan bagi membolehkan anda melakukan imbasan 3D dan juga kawalan gerakan tangan. Teknologi kamera 3D ini pernah kami lihat pada Dell Inspiron 23 Touch yang kami ulas minggu lalu.

Tiada maklumat tentang harga dan juga bilakah ianya akan mula dijual.  Nantikan pandang pertama Zen AiO daripada Amanz dalam masa terdekat.

ZEN-AIO-7 ZEN-AIO-6 ZEN-AIO-4



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Melancarkan Zen AiO – AIO Berspesifikasi Tinggi, Core i7, Kamera RealSense 3D dan USB-C"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info