Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jualan Xiaomi Sempena Ulang-Tahun Pertama Di Malaysia Bermula – Diskaun Sehingga 90%

Xiaomi telah memasuki pasaran Malaysia secara rasminya pada tahun lepas, dan hari ini bersempena dengan ulang-tahun pertama, Xiaomi telah pun memulakan jualan khas dengan pelbagai promosi menarik kepada para pengguna.

Xiaomi Malaysia Setahun

Menjadi peranti fokus utama mereka hari ini adalah Xiaomi Mi4i yang mana telah dilancarkan baru-baru ini, membawakan peranti berspesifikasi pertengahan tetapi dengan beberapa ciri-ciri peranti flaghsip.

Selain daripada itu, pengguna juga boleh dapatkan Redmi 2 dan Mi Pad (tablet daripada Xiaomi) dalam bentuk jualan terbuka.

Xiaomi juga menawarkan sejumlah aksesori mereka dengan potongan harga, termasuk jualan khusus untuk pengguna PayPal. Seperti biasa, anda boleh mendapatkan Mi Headphone, Mi In-Ear Headphone, Mi Power Bank, Mi Band dan pelbagai pelindung skrin dan kerangka terus melalui web mereka pada harga yang lebih murah berbanding kebiasaan.

Xiaomi Malaysia Setahun

Xiaomi Malaysia Setahun



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Jualan Xiaomi Sempena Ulang-Tahun Pertama Di Malaysia Bermula – Diskaun Sehingga 90%"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info