Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengguna Nintendo Switch Melaporkan Masalah Skrin Dan Joy-Con Gagal Berfungsi

Konsol terkini Nintendo Switch mula dijual minggu lalu dengan rekaan hibrid yang unik. Berbeza dengan konsol biasa, Switch turut boleh berfungsi sebagai konsol mudah alih yang membolehkan ia dimainkan di mana-mana sahaja. Beberapa masalah mula dilaporkan pemilik awal konsol.

Masalah pertama melibatkan skrin yang mempunyai dead pixel. Ini membuatkan paparan mempunyai kecacatan apabila Switch dimainkan di dalam mod mudah alih. Pihak Nintendo dilaporkan tidak akan menggantikan unit dengan masalah dead pixel kerana menurut mereka ini ialah perkara normal pada skrin LCD.

Masalah kedua pula melibatkan alat kawalan Joy-Con yang gagal berfungsi dengan baik. Masalah ini dilaporkan oleh sebahagian besar pengguna. Permainan terganggu kerana skrin memaklumkan pengguna ia gagal mengesan kewujudan Joy-Con. Untuk masalah ini Nintendo menasihatkan pengguna supaya menjauhkan Switch dari akuarium, router, sebarang peranti tanpa wayar (seperti telefon pintar dan pembesar suara), sebarang wayar berselirat dan permukaan besi pada bahagian atas. Kesemua faktor di atas mengganggu sambungan tanpa wayar Joy-Con kepada Switch.

Ini ialah permulaan yang kurang baik bagi konsol yang diharap dapat menaikkan semula nama baik Nintendo. Ia pastinya akan mendatangkan kesan negatif kepada jualan di masa hadapan. Diharap masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan pantas kerana kami berminat untuk membeli Switch dalam jangka masa terdekat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengguna Nintendo Switch Melaporkan Masalah Skrin Dan Joy-Con Gagal Berfungsi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info