Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Memperlihatkan Beberapa Ciri-Ciri Baru Pada LG UX 4.0 Di LG G4 – Akan Hadir 28 April

LG telah pun menjadualkan tarikh 28 April untuk memperkenalkan telefon pintar LG G4. Walaupun gambar peranti berkenaan telah tertiris sebelum ini, pihak LG dilihat masih mempunyai beberapa kejutan – sekurang-kurangnya dalam penawaran perisian khusus mereka, iaitu LG UX 4.0.

LG UX 4.0 merupakan antaramuka tambahan ke atas Android yang akan hadir pada LG G4 kelak. Sebelum ini mereka pernah memperlihatkan sebuah teaser ringkas, dan melalui video terbaru ini, beberapa fungsi baru lain turut dipertontonkan.

Seperti semua sedia maklum, kamera telah menjadi salah satu fokus utama ramai pengeluar. Untuk LG UX 4.0, pihak LG turut menekankan perkara sama, dimana pengguna boleh mengakses kamera dengan hanya dwi-tap pada butang belakang. Disamping itu, LG juga turut dilihat memfokuskan kepada sokongan selfie melalui peranti yang sama.

LG juga turut menekankan fungsi Ringtone ID yang membolehkan nada dering telefon dioptimasikan berbeza untuk setiap pemanggil berbeza, selain kebolehan untuk menyimpan data daripada pelayar web dengan pantas melalui fungsi dinamakan QuickMemo+.

LG turut menjanjikan bakal berkongsi lebih lanjut mengenai penawaran mereka pada 28 April kelak.

LG G4



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "LG Memperlihatkan Beberapa Ciri-Ciri Baru Pada LG UX 4.0 Di LG G4 – Akan Hadir 28 April"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info