Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Mungkin Menghasilkan Pemproses Buatan Sendiri Pada Tahun 2016

Xioami mengusai jualan peranti pada suku kedua 2015 dengan pegangan sebesar 15.9%. Syarikat yang kini bernilai $40 Billion ini bakal melakar satu laju sejarah dengan menghasilkan pemproses mereka sendiri. Di dalam laporan terkini media China, Xiaomi dikatakan bakal menghasilkan pemproses buatan sendiri pada peranti mereka seawal tahun hadapan. Dengan menggunakan pemproses buatan sendiri harga peranti mereka akan boleh dikurangkan lagi dan seterusnya menarik lebih banyak pembeli.

Xiaomi

Buat masa ini pemproses yang dikatakan sedang dalam pembangunan ini akan digunakan pada peranti kelas bawahan mereka. Peranti kelas tinggi mereka akan terus menggunakan pemproses keluaran Snapdragon keluaran Qualcomm. Pemproses keluaran sendiri ini mungkin dihasilkan oleh Leadcore Technology  yang 51% sahamnya dipegang oleh Xiaomi. Jika laporan ini benar Xiaomi akan mengikuti jejak Samsung dan Huawei yang turut menghasilkan pemproses mereka sendiri untuk mengawal kos pembuatan peranti. Apakah pendapat anda tentang Xiaomi menghasilkan peranti dengan pemproses mereka sendiri? Adakah harga lebih murah kelak lebih penting dari menggunakan pemproses yang sudah diuji kemampuannya terlebih dahulu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Mungkin Menghasilkan Pemproses Buatan Sendiri Pada Tahun 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info