Kumpulan militan ISIS memang terkenal dengan kepakaran mereka menggunakan teknologi untuk menyebarkan video dan propaganda mereka di atas talian. Mereka menggunakan media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk mencari individu yang bersimpati dengan perjuangan mereka. Di Malaysia penyokong ISIS mudah ditangkap pihak berkuasa kerana memaparkan sokongan mereka secara terang-terangan. Sejak kebelakangan ini Facebook dan Twitter secara aktif memadan dan mengharamkan akaun pengguna yang menyokong ISIS.
Menyedari hakikat ini ISIS dilaporkan sudah menghasilkan aplikasi Android mereka untuk melaporkan berita dan menyebarkan video serta gambar terkini. Aplikasi yang diberi nama Nasher ini tidak boleh dimuat turun melalui Google Play. Sebaliknya fail APK disebarkan menerusi laman pro ISIS. Ia hanya memaparkan berita dalam bahasa Arab dan tidak dihasilkan untuk sistem operasi selain Android. Di dunia peranti pintar, nampaknya kumpulan militan juga tidak mahu ketinggalan mempunyai aplikasi mereka sendiri. Diharap pihak berkuasa tempatan memantau penggunaan aplikasi seperti ini di masa hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Militan ISIS Kini Mempunyai Aplikasi Android Untuk Menyebarkan Propaganda"