Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ura-Ura Qualcomm Melancarkan Snapdragon 820 Pada 11 Ogos Ini

Qualcomm SnapdragonNama baik Qualcomm agak tercemar tahun ini kerana masalah pemanasan melampau pemproses Snapdragon 810 keluaran mereka. Ia mendatangkan masalah kepada pemilik peranti HTC One M9, Sony Xperia Z3+ dan Xiaomi Note Pro. Kini terdapat ura-ura mengatakan mereka akan melancarkan cip terkini Snapdragon 820 pada 11 Ogos ini.

Snapdragon 820 dijangka menggunakan CPU ARMv8-A yang diberi kod nama Kryo. Tidak seperti 810, 820 turut dikatakan akan hanya mempunyai empat teras. Ia membenarkan rakaman video 4K pada kadar 60 frame sesaat. Menurut sumber lain HTC dan Sony adalah dua pengeluar yang telahpun mencuba prototaip pemproses terkini Qualcomm ini. Peranti pertama yang dijangka akan menggunakan Snapdragon 820 ialah peranti Nexus keluaran Huawei. Diharap pemproses terkini ini tidak akan mendatangkan masalah kerana jika reputasi telah tercalar adalah agak sukar untuk mengembalikan kepercayaan pengguna.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ura-Ura Qualcomm Melancarkan Snapdragon 820 Pada 11 Ogos Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info