Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Ini Adalah Pelayar Web Project Spartan Daripada Microsoft – Pengganti Internet Explorer

Project Spartan merupakan pelayar web baru daripada Microsoft dalam menggantikan Internet Explorer yang sering dikritik ramai. Project Spartan hadir terbina dengan Windows 10 untuk desktop mahupun untuk telefon pintar. Terkini, Microsoft telah pun membolehkan para pengguna seluruh dunia menguji pelayar web Project Spartan melalui Windows 10 Technical Preview.


Project Spartan




Project Spartan membawakan antaramuka yang ringkas dan kemas berbanding Internet Explorer sebelum ini. Secara kasar, ia boleh dikatakan sedikit menyerupai pelayar web Maxthon.

Project Spartan




Fungsi Reading Mode memudahkan proses pembacaan tanpa gangguan elemen lain.

Apabila anda klik pada sesuatu pautan artikel, sebuah butang khusus berbentuk buku akan dipaparkan pada ruangan URL, da apabila ia ditekan, Project Spartan akan mengaktifkan mod pembacaan dengan memfokuskan kepada kandungan artikel sahaja.


Project Spartan


Project Spartan




Project Spartan turut menyertakan sokongan integrasi pengambilan nota dengan mudah.

Pada Project Spartan, Microsoft turut mengintegrasikan fungsi OneNote, membolehkan pengguna mengambil nota dengan mudah dan menyimpannya untuk rujukan lanjut atau disaling ke dokumen lain.


Project Spartan


Project Spartan


Project Spartan


Project Spartan




Project Spartan turut memaparkan keputusan carian untuk beberapa perkara terus pada bar alamat URL.

Melalui Project Spartan, untuk beberapa carian – sebagai contoh untuk cuaca, pihak Microsoft memaparkan hasil keputusan terus pada bar alamat ketika pengguna sedang menaip mencari info mengenainya.


Project Spartan




Integrasi Cortana terus pada Project Spartan

Cortana, perkhidmatan pembantu pintar daripada Microsoft turut diintegrasikan pada Project Spartan yang memudahkan pengguna membuat beberapa carian dengan pantas. Sebagai contoh carian berkaitan cuaca semasa terus pada bar alamat tadi. Selain itu, pengguna turut boleh highlight sesuatu teks, dan anda boleh klik-kanan serta memilih Ask Cortana.


Project Spartan




Integrasi fungsi Reading List

Pada Windows 8.1, pihak Microsoft telah menyertakan fungsi dinamakan Reading List dalam memudahkan anda menyimpan sesuatu artikel dan mengaksesnya untuk membaca pada kemudian hari. Fungsi ini turut diintegrasikan terus pada Project Spartan.


Project Spartan


Project Spartan




Ini boleh dikatakan sebagai antara fungsi-fungsi yang disertakan pada Project Spartan. Microsoft masih melabelkan ia sebagai versi pembangunan, dan mungkin kita akan melihat satu dua fungsi baru lain turut ditambah pada pelayar web ini ketika versi akhir diperkenalkan.


Perkongsian daripada saudara Fahim Zahar khusus untuk Amanz.





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ini Adalah Pelayar Web Project Spartan Daripada Microsoft – Pengganti Internet Explorer"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info