Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Flexiroam Melancarkan Aplikasi Untuk Memudahkan Panggilan Dari Seluruh Dunia

Flexiroam merupakan salah satu perkhidmatan yang memfokuskan sokongan perayauan seluruh dunia untuk panggilan dan data pada kadar dan cas yang rendah. Terkini, hari ini mereka melancarkan sebuah aplikasi baru khusus, untuk pengguna Android dan juga iOS.

Flexiroam mengatakan mereka ingin memudahkan pengguna untuk kekal berhubung di seluruh dunia ketika bercuti atau berkerja luar kawasan tanpa risau akan caj perayauan.

Flexiroam

Seperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa aplikasi memfokuskan sokongan panggilan suara dan video melalui internet. Untuk Flexiroam, ia memfokuskan kepada kemudahan pengguna membuat panggilan kepada nombor telefon talian tetap atau mudah-alih pada kadar harga yang rendah. Memberi contoh mengenainya, pihak Flexiroam mengatakan ia semahal $5 untuk panggilan ketika membuat perayauan di India, sebaliknya menggunakan Flexiroam, pengguna boleh menggunakan $5 untuk membuat panggilan selama sebulan. Panggilan setiap minit untuk setiap negara adalah berbeza-beza – dan mereka menjanjikan harga yang rendah berbanding penggunaan perkhidmatan syarikat telekomunikasi.

Flexiroam juga berfungsi seumpama aplikasi lain yang membolehkan pengguna untuk membuat panggilan percuma antara pengguna aplikasi Flexiroam. Pihak Flexiroam turut mengatakan aplikasi ini hadir dengan sokongan voicemail, selain dilengkapi dengan sokongan sekuriti 256-bit.

Satu lagi ciri menarik daripada Flexiroam adalah kebolehan untuk membuat langganan nombor telefon antarabangsa di lebih kurang 55 buah negara. Ciri ini mungkin diminati mereka yang mempunyai kerja di beberapa negara lain, sekaligus memudahkan proses untuk pendaftaran dan pada harga yang lebih rendah.

Bagi anda yang menggunakan telefon Android atau iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi Flexiroam hari ini, dan menggunakannya dalam menguruskan panggilan anda ketika ke luar negara.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Flexiroam Melancarkan Aplikasi Untuk Memudahkan Panggilan Dari Seluruh Dunia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info