Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ZTE Memperkenalkan Nubia Z9 Max Dan Nubia Z9 Mini – Hadir Dengan Bingkai Logam, Sokongan Rakaman 4K

ZTE telah memperkenalkan kemaskini keluarga Blade pada awal tahun ini, dan hari ini, pengeluar peranti dari tanah besar China ini turut memperkenalkan kemaskini kepada keluarga Nubia, serta mengumumkan dua peranti baru, iaitu ZTE Nubia Z9 Max dan juga ZTE Nubia Z9 Mini.


ZTE Nubia Z9


Kedua-dua peranti ini berasaskan kepada Android 5.0.2 Lollipop. ZTE Nubia Z9 Max merupakan sebuah phablet dengan skrin bersaiz 5.5-inci. Sementara ZTE Nubia Z9 Mini – walaupun bernama mini, tetapi ia membawakan skrin bersaiz 5-inci.


ZTE Nubia Z9


Dari segi spesifikasi, ZTE Nubia Z9 Max dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 810, memori 3GB RAM, ruangan storan 16GB serta bateri berkapasiti 2900mAh. ZTE Nubia Z9 Max dilengkapi dengan rekaan kerangka kaca pada bahagian belakang.


Sementara ZTE Nubia Z9 Mini membawakan spesifikasi pertengahan dan mungkin ini adalah salah satu sebab mengapa mereka menggunakan nama “mini”. ZTE Nubia Z9 Mini dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 615, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, serta bateri berkapasiti 2900mAh.


ZTE Nubia Z9


Kedua-dua telefon pintar ini dilengkapi dengan kamera belakang 16-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Kedua-duanya juga turut membawakan bingkai berasaskan logam dalam memberikan pengalaman peranti premium melaluinya.


ZTE turut melengkapkan ia dengan antaramuka khusus daripada mereka, selain kedua-dua peranti ini turut hadir dengan sokongan rakaman video 4K, dan turut dilengkapi sokongan rangkaian LTE.


ZTE Nubia Z9 Max akan dijual pada harga 2499 Yuan (~RM1480) sementara ZTE Nubia Z9 Mini pula pada harga 1499 Yuan (~RM880). Tarikh penawaran untuk pasaran Malayia masih tidak diketahui lagi buat masa ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ZTE Memperkenalkan Nubia Z9 Max Dan Nubia Z9 Mini – Hadir Dengan Bingkai Logam, Sokongan Rakaman 4K"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info