Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor 4X Berharga RM699 Di Malaysia – Dijual Bermula Minggu Hadapan

Honor Malaysia telah pun mula mempromosikan pengenalan Honor 4X untuk pasaran Malaysia sejak beberapa minggu lepas, dan hari ini, mereka turut memperlihatkan harga penawaran peranti tersebut kelak. Di Malaysia, Honor 4X bakal membawakan tanda harga RM699 dan boleh didapati bermula 1 April kelak.


Honor 4X


Honor 4X membawakan cip pemprosesan Kirin 620 64-bit – sekaligus menjadikan ia sebagai peranti pertama dilengkapi dengan rangkaian 4G dan dilengkapi cip 64-bit daripada Honor. Honor turut melengkapkan memori sebanyak 2GB RAM pada peranti ini, selain bateri berkapasiti 3000mAh.


Untuk rakaman gambar, Honor 4X membawakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini turut membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dan boleh dikategorikan sebagai peranti dibawah keluarga phablet.


Honor 4X akan ditawarkan seperti pelbagai peranti Honor lain, iaitu melalui jualan web di VMall. Honor Malaysia telah pun memulakan pra-tempahan untuknya, dan peranti ini dijangka akan dijual bermula 1 April kelak.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor 4X Berharga RM699 Di Malaysia – Dijual Bermula Minggu Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info