Xiaomi sebelum ini telah pun memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan skrin 18:9 pada harga mampu milik dibawah keluarga Redmi 5 dan juga Redmi 5 Plus. Selepas melepasi Sirim sebelum ini, beberapa pengedar dan penjual tempatan mengesahkan yang mana ia dijangka mula ditawarkan bermula 7 Februari 2018 kelak di Malaysia.
Xiaomi Redmi 5 merupakan telefon dengan skrin 5.7-inci IPS LCD FHD+, menggunakan cip Snapdragon 450, memori sehingga 3GB RAM, dan storan sehingga 32GB. Ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, dan bateri sebesar 3300mAh.
Xiaomi Redmi 5 Plus pula merupakan telefon dengan skrin 5.99-inci IPS LCD FHD+, menggunakan cip Snapdragon 625, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia turut menggunakan kamera yang sama, tetapi dengan bateri sebesar 4000mAh.
Buat masa ini, harga jualan rasminya masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya dalam minggu-minggu akan datang.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Dijangka Hadir Ke Malaysia Seawal 7 Februari 2018"