Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bagaimana Menjimatkan Penggunaan Data Internet Ketika Melayari Web Menggunakan Chrome Pada Desktop?

Pada peranti mudah-alih, terdapat pelbagai fungsi yang menjimatkan penggunaan data – terutamanya yang dibawakan oleh Opera dan juga Chrome untuk Android. Kini, pengguna di desktop turut boleh menggunakan fungsi yang lebih kurang sama dan menjimatkan penggunaan data sehingga hampir 50% menggunakannya.


Untuk menjimatkan data ini, kebiasaannya ia akan compress data yang diperlihatkan kepada anda dan melalui pelayan penyedia. Sebagai contoh, jika kita menggunakan Opera Turbo, beberapa gambar akan di jadikan bersaiz kecil sekaligus memberikan impak kepada paparan resolusi gambar tersebut.


Pada Chrome pula, tiada fungsi seumpamanya yang hadir terbina, dan memerlukan pengguna menggunakan pemalam tambahan khusus untuknya. Google sendiri kini menyediakan sebuah pemalam khusus dalam bentuk beta dan dinamakan sebagai Data Saver.


Data Saver Beta


Ia membawakan fungsi lebih kurang sama seperti Chrome untuk Android – tetapi bezanya ini ditawarkan untuk pengguna Chrome di Windows, Mac dan Linux.


Anda hanya perlu memuat-turun ia dari Chrome Web Store, dan memasangnya pada pelayar web Chrome anda. Anda diperlukan menggunakan Chrome 41 dan terkini untuk berjaya memasangnya.


Sebaik sahaja berjaya memasangnya, anda boleh mengaktifkan ia, dan data akan di compress untuk menjadikannya bersaiz kecil serta menjadikan penggunaan data internet anda lebih kecil berbanding kebiasaannya. Satu lagi kelebihan daripada penggunaan Data Saver ini adalah dimana sesuatu web dapat dibuka dengan lebih pantas berbanding sebelumnya kerana data yang diperlukan lebih bersaiz kecil.


Bagi anda yang sering menggunakan perkhidmatan internet dengan kuota data yang terhad, anda mungkin boleh memuat-turun dan mencuba sendiri Data Saver ini dalam menjimatkan penggunaan data anda ketika melayari web.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bagaimana Menjimatkan Penggunaan Data Internet Ketika Melayari Web Menggunakan Chrome Pada Desktop?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info