Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tag Heuer Bakal Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Dikuasakan Cip Intel

Tag Heuer merupakan salah satu jenama jam tangan pintar yang popular, dan mereka telah pun menawarkan pelbagai jam tangan dengan rekaan berbeza di pasaran hari ini. Terkini, ia dilaporkan Tag Heuer bakal bekerjasama dengan pengeluar cip Intel dalam hadir dengan salah satu jam tangan pintar.


Jam tangan pintar daripada Tag Heuer ini dikatakan akan membawakan rekaan menyerupai jam tangan Carrera mereka. Pengguna biasa akan melihatnya seperti jam biasa, tetapi ia membawakan sejumlah sokongan pintar bersama-sama dengannya.


Tag Heuer


Dari segi fungsi, Tag Heuer dijangka akan menawarkan sokongan geolokasi, memantau jarak yang telah dijalan, dan beberapa fungsi popular lain seperti pada beberapa jam tangan pintar di pasaran.


Tag Heuer turut mengatakan akan menawarkan masa bertahan bateri yang lebih lama berbanding dengan penawaran Apple Watch yang bertahan hanya selama 18 jam sahaja.


Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai jam tangan pintar daripada Tag Heuer ini tidak lama lagi.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Tag Heuer Bakal Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Dikuasakan Cip Intel"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info