Semakin hari semakin banyak aplikasi dan gajet yang telah dicipta menfokuskan aktiviti kecergasan. Kita sudah biasa dengan jam tangan pintar yang mengesan aktiviti kecergasan, mengesan degupan jantung, mengira pembakaran kalori dan berbagai lagi. Satu peranti yang lain dari jam tangan pintar yang hadir pada Mobile World Congress ini adalah Tangram iaitu Tali ‘Skipping’ Pintar.
Tali ‘Skipping’ Pintar yang dihasilkan Tangram ini mempunyai pemegang yang menyimpan bateri, giroskop, accelerometer serta lubang Micro-USB untuk pengecasan. Ia perlu dicaj kerana bateri yang terbina didalamnya akan menjana kuasa untuk 23 lampu LED pada bahagian tengah tali ini. Sekiranya anda penggemar aktiviti ‘skipping’, satu perkara yang melecehkan adalah untuk mengira jumlah lompatan yang telah dilakukan. Lampu LED ini akan menunjukkan bilangan lompatan yang telah dilakukan semasa menggunakannya.
Didalam pemegangnya juga terdapat Bluetooth jadi pengguna boleh terus memantau aktiviti kecergasan didalam aplikasi yang disediakan. Aplikasi tersebut mengesan jumlah lompatan, jumlah kalori yang dibakar, serta boleh melakukan perbandingan dengan rakan-rakan lain yang mempunyai Tangram. Buat masa ini, peranti ini masih belum memasuki pasaran namun mereka sedang mengumpulkan dana untuknya melalui platform Kickstarter.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MWC 2015: Tangram – Tali Skipping Pintar"