Windows 10 telah mula ditawarkan melalui Windows Update secara berperingkat kepada pengguna Windows 7 dan juga Windows 8.1. Tetapi, bagaimana sekiranya anda tidak sabar untuk mencubanya, atau ingin membuat pemasangan baru pada komputer anda?
Untuk tujuan tersebut, anda boleh memuat-turun fail ISO Windows 10 hari ini secara terus daripada laman Microsoft. Bagi tujuan tersebut, terlebih dahulu anda perlu memuat-turun sebuah perisian bersaiz kecil yang disediakan oleh Microsoft, dinamakan sebagai Media Creation Tool.
Menggunakan perisian ini, pengguna boleh membuat dua perkara, iaitu memilih untuk memuat-turun fail ISO bagi Windows 10, ataupun membuat media untuk pemasangan terus menggunakan DVD ataupun pemacu USB.
Sebaik sahaja anda selesai memuat-turun fail Media Creation Tool, anda akan diberikan pilihan untuk mengemaskini komputer sedia ada anda kepada Windows 10, ataupun memilih untuk memuat-turun Window 10 untuk dipasang pada komputer lain.
Bagi tujuan memuat-turun ISO, anda diperlukan memilih pilihan kedua, dan seterusnya pada skrin seterusnya anda boleh memilih jenis yang anda kehendaki – sama ada Windows 10 Home atau Pro, dan seterusnya jenis sama ada 32-bit atau 64-bit.
Pada skrin akhir, anda akan diminta untuk memilih sama ada membuat pemacu USB untuk pemasangan terus, ataupun sekadar memuat-turun fail ISO sahaja.
Perisian ini seterusnya akan memuat-turun fail ISO sekitar 4GB terus ke komputer anda dan memperlihatkan progress muat-turun.
Fail berbentuk ISO ini boleh digunakan untuk mengemaskini komputer Windows lain, selain turut digunakan untuk tujuan percubaan pada Virtual Machine dan sebagainya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bagaimana Memuat-Turun ISO Untuk Windows 10?"