Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengguna Malaysia Boleh Menaik-Taraf Windows 10 Di Kedai Microsoft Bermula 10 Ogos 2015

Microsoft hari ini secara rasminya telah memulakan penawaran Windows 10 untuk para pengguna melalui kemaskini percuma untuk Windows 7 dan juga Windows 8.1. Berkongsi lanjut mengenainya, untuk pengguna baru, Windows 10 akan dijual bermula 10 Ogos di Malaysia melalui kedai-kedai pengedar rasmi Microsoft.

Windows 10

Di Malaysia, ia akan ditawarkan dalam bentuk pemacu USB, selain turut hadir dalam penawaran medialess – dimana kod ditawarkan untuk pengguna muat-turun dan memasangnya sendiri.

Disamping itu, pengguna boleh membawa komputer mereka ke kedai Microsoft di Malaysia, dan menaik-tarafnya. Microsoft mengatakan ia akan dilakukan secara percuma – tetapi mungkin terdapat beberapa kedai yang mengenakan caj untuk tujuan tersebut.

Harga jualan rasmi di Malaysia masih tidak diketahui. Tetapi mengikut harga jualan global, Windows 10 ditawarkan pada harga bermula $119.99.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengguna Malaysia Boleh Menaik-Taraf Windows 10 Di Kedai Microsoft Bermula 10 Ogos 2015"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info