Mungkin tidak ramai antara kita yang biasa mendengar nama Leapfrog namun bagi anda yang kerap hadir ke kompleks dan kedai perkakas komputer bagaikan rumah kedua, pasti jenama seperti SonicGear, Powerlogic dan Armaggeddon biasa dilihat dan dikenali. Leapfrog merupakan syarikat yang menghasilkan produk dan perkakas komputer menggunakan jenama diatas. Tiga lagi jenama adalah Morrologic, Elysium dan juga Audiobox dan setiap satunya mempunyai pengkhususan.
Didalam portfolio jenama Leapfrog yang sudah menjangkau usia 15 tahun, jenama SonicGear sudah tentu paling dikenali ramai kerana menawarkan peranti audio pada harga patut. Manakala sekiranya anda penggemar kustomasi PC, jenama PowerLogic sudah pasti tersemat dihati bagi penawaran casing PC desktop yang bergaya dan cantik. Jenama Armaggeddon pula yang memfokuskan penawaran peranti dan perkakas komputer disasarkan untuk pemain permainan elektronik, kerana pengguna sebegini mempunyai keperluannya tersendiri. Jenama Morrologic pula menawarkan perkakas untuk pengguna umum manakala jenama Elysium merupakan menawarkan peranti audio premium dengan rekaan yang cantik. Penawaran Audiobox pula adalah jenama baru, membawakan peranti audio yang lebih besar dan praktikal untuk dibawa kemana-mana.
Pada acara pengenalan produk mereka untuk rantau Asia Tenggara ini, sejumlah 30 produk telah diperkenalkan mereka merangkumi kesemua jenama yang dibawakan mereka kecuali Morrologic. Kesemua produk ini akan hadir ke pasaran secara berperingkat dan tiada sebarang harga diumumkan buat masa ini. Tetapi jika dilihat dari penawaran keseluruhan produk dari Leapfrog terdahulu, ia sepatutnya membawakan harga yang berpatutan, menjadikan pengguna mampu memiliki peranti yang canggih pada kemampuan mereka.
Kami akan bawakan pengenalan berkenaan peranti yang telah diperkenalkan mereka pada artikel seterusnya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sejumlah 30 Produk Baru Diperkenalkan Leapfrog Global"