Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor Dan Huawei Mengemaskini Harga Jualan Peranti – Honor 4X Dijual RM619, Dihantar Bermula 18 April

Sementara beberapa pengeluar peranti dari China mengekalkan harga peranti mereka, pihak Huawei dan anak syarikat mereka Honor mengambil langkah berbeza, dan meningkatkan harga jualan beberapa peranti mereka, termasuk untuk Huawei Ascend P7, Mate 7, Honor 3C, Honor 3C Lite, dan juga Honor 6.


Peranti baru daripada mereka pula, iaitu Honor 4X turut dibuka untuk pra-tempahan dan pembelian hari ini pada harga RM619 – murah RM80 berbanding harga yang diperlihatkan sebelum ini. Honor 3C kini membawakan harga RM529, Honor 3C Lite pada harga RM425, Honor 6 pada harga RM1059, Huawei Mate 7 pada harga RM1899 dan Huawei P7 pada harga RM1299.


Honor 4X


Honor 4X membawakan pelbagai ciri-ciri terkini, termasuk sokongan dwi-SIM dengan rangkaian 4G, penggunaan cip 64-bit Kirin 620, kamera belakang 13-megapixel, memori 2GB RAM, serta skrin bersaiz 5.5-inci.


Honor mengatakan mereka akan memulakan penghantaran peranti ini bermula 18 April ini, dan membuka jualan untuk 3000 unit pada hari ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor Dan Huawei Mengemaskini Harga Jualan Peranti – Honor 4X Dijual RM619, Dihantar Bermula 18 April"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info