Kemaskini Windows 10 Fall Creators’ Update akan hadir tidak lama lagi, dan Microsoft baru sahaja mengetengahkan dua ciri-ciri baru berkenaan dengan permainan komputer yang akan hadir melalui kemaskini tersebut.
Kedua-dua ciri baru ini dinamakan TruePlay dan Game Monitor, dan hadir dengan tugas-tugasnya yang tersendiri.
TruePlay merupakan sebuah sistem anti-penipuan yang hampir serupa dengan sistem Valve Anti Cheat. Melalui sistem ini, TruePlay akan memerhatikan aktiviti pemain sewaktu bermain permainan komputer, dan akan mula memberikan amaran kepada pemain jika mereka ditangkap menggunakan sistem penipuan didalam permainan komputer mereka.
Data penipuan tersebut akan dimuat-naik kepada pembina permainan komputer tersebut secara sulit selepas data tersebut dikenalpasti mengandungi maklumat penipuan melalui ciri Game Monitor. Ada juga laporan yang mengatakan bahawa jika ciri Game Monitor ini ditutup, ada permainan komputer yang tidak boleh dimainkan oleh pengguna.
Fall Creators Update dikatakan akan hadir pada 17 Oktober, dan akan hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik, dan perubahan pada UI Windows 10.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Akan Memperkenalkan Teknologi Anti-Penipuan Melalui Kemaskini Windows 10 Fall Creators’ Update"