Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Meningkatkan Harga Jualan iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus – Kini Bermula RM2549

Dengan pelbagai kejutan yang dibawakan oleh Apple hari ini melalui penawaran produk baru, mereka juga turut mengubah beberapa harga tawaran produk mereka. Sementara AppleTV menerima potongan harga, harga iPhone 6 dan juga iPhone 6 Plus pula dilihat dinaikkan oleh mereka.


Apple iPhone 6 Malaysia


iPhone 6 yang membawakan skrin bersaiz 4.7-inci kini dijual pada harga bermula RM2549 di Apple Store Malaysia, berbanding RM2399 sebelum ini. Sementara itu, iPhone 6 Plus dengan skrin bersaiz 5.5-inci pula dijual pada harga bermula RM2949 berbanding hanya RM2749 sebelum ini.


Ia tidak diketahui apakah faktor disebalik kenaikkan harga yang dilakukan oleh Apple ini untuk dua telefon pintar mereka. Adakah kemungkinan besar ini merupakan persediaan pihak Apple dalam menghadapi GST, ataupun kerana mata wang Malaysia yang lemah akhir-akhir ini?






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Meningkatkan Harga Jualan iPhone 6 Dan iPhone 6 Plus – Kini Bermula RM2549"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info