Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mengemaskini Harga Jualan AppleTV – Kini Lebih Murah, Berharga RM279

Apple hari ini telah memulakan acara pengumuman beberapa produk baru mereka dengan pengumuman berkaitan dengan Apple TV. Apple TV merupakan salah satu peranti yang membolehkan pengguna strim kandungan seperti gambar, video, muzik dan sebagainya terus ke kaca televisyen.


Ia telah mula dijual di Malaysia sejak beberapa bulan yang lepas, dan dengan pengumuman hari ini, Apple telah menurunkan harga jualannya berbanding sebelum ini.


Apple TV


Apple TV


Kini, Apple TV ditawarkan pada harga RM279 di Malaysia. Memandangkan ia masih merupakan model lama, maka stok untuknya tersedia di Apple Store Malaysia, dan sesiapa yang berminat boleh mendapatkannya. Namun, hendaklah diambil perhatian, beberapa kandungan adalah khusus untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, termasuk HBO Now yang diumumkan oleh pihak Apple.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mengemaskini Harga Jualan AppleTV – Kini Lebih Murah, Berharga RM279"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info