Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy Note Edge Membawakan Tanda Harga RM2999 Di Malaysia?

Kelmarin, kami telah melaporkan yang mana Samsung akan melancarkan Galaxy Note Edge di Malaysia pada awal Februari. Kini, beberapa maklumat lanjut mengenainya turut diketahui, termasuk dengan harga jualan rasminya di Malaysia.


Galaxy Note Edge


Galaxy Note Edge merupakan telefon pintar dibawah keluarga Galaxy Note, tetapi membawakan bahagian tepi melengkung dengan panel tambahan untuk memudahkan anda mengikuti pelbagai kemaskini dan notifikasi dengan mudah. Ia boleh dikatakan agak menerima reaksi positif pengguna ketika pengenalannya, dan ramai yang meminta Samsung Malaysia membawanya masuk ketika pelancaran Galaxy Note 4 tahun lepas.


Terkini, beberapa pengedar Samsung telah pun mula menjualnya di Malaysia, dimana harga saranan jualan yang dibawakan oleh peranti berkenaan adalah RM2999. Perkara ini mungkin dijangkakan ramai, memandangkan Galaxy Note 4 sendiri berharga RM2499 ketika pengenalannya.


Bagi anda, adakah anda akan mendapatkan peranti ini pada harganya, ataupun menantikan versi Galaxy S6 Edge daripada Samsung?






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Note Edge Membawakan Tanda Harga RM2999 Di Malaysia?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info