Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Meizu M1 – Peranti Bajet Dengan Skrin Bersaiz 5-inci Diperkenalkan

Sejak tahun 2015 hadir, pelbagai pengeluar mula hadir dengan peranti berspesifikasi pertengahan dan menyasarkan pengguna-pengguna di negara-negara membangun. Selepas Xiaomi hadir dengan Redmi 2 pada awal tahun ini, kini rakan senegara mereka, Meizu turut hadir dengan sebuah peranti baru dinamakan sebagai Meizu m1 atau turut dikenali sebagai Meizu Mei Lan (bermaksud Blue Charm).


Meizu m1


Meizu m1


Meizu m1 ini membawakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip pemprosesan MediaTek 64-bit MT6732 1.5Ghz, dan memori sebanyak 1GB RAM. Peranti ini turut akan dilengkapi dengan ruangan storan terbina 8GB, serta bateri berkapasiti 2610mAh. Meizu mengatakan peranti ini boleh menggunakan kad-SD sehingga 128GB.


Untuk rakaman gambar, peranti berspesifikasi pertengahan daripada Meizu ini menggunakan sensor 13-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera hadapan 5-megapixel. Kami masih kurang pasti berkenaan akan kualiti yang dihasilkannya, tetapi semestinya penggunaan sensor bersaiz besar ini akan membuatkan lebih ramai tertarik mendapatkannya.


Meizu turut akan melengkapkan peranti ini dengan Android 4.4 KitKat dengan antaramuka khusus mereka dinamakan sebagai FlyMe OS.


Meizu M1 ini akan ditawarkan bermula di China terlebih dahulu dalam pilihan warna seumpama iPhone 5C sebelum ini. Meizu m1 yang hadir dengan sokongan LTE ini ditawarkan pada harga 699 Yuan (~RM405).


Meizu m1


Meizu m1






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Meizu M1 – Peranti Bajet Dengan Skrin Bersaiz 5-inci Diperkenalkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info