Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Akaun Bank Syarikat Penukaran Kriptowang, Luno Dibeku Oleh LHDN

Luno merupakan salah satu penyedia perkhidmatan penukaran kriptowang yang turut menawarkan khidmat mereka untuk pengguna tempatan – membolehkan pengguna tempatan mendapatkan kriptowang Bitcoin dan juga Ethereum melaluinya, serta menjual menggunakannya.

Terkini, ia dilaporkan yang mana akaun bank syarikat penukaran berkenaan yang beroperasi dibawah nama BitX Malaysia kini dibekukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Disebabkan oleh perkara ini, proses deposit wang tunai ke akaun, atau pengeluaran tidak boleh dilakukan sejak kebelakangan ini pada Luno.

Luno

Menurut The Edge Markets, pihak Luno dipetik mengatakan yang mana pihak LHDN meminta informasi berkaitan dengan pengguna tempatan – termasuk identiti dan juga maklumat transaksi pengguna tempatan.

Walaupun Luno mungkin mengehadkan informasi yang dikongsikan disebabkan oleh tetapan privasi dan sebagainya – namun, mereka turut mengalakkan pengguna tempatan untuk mematuhi pelbagai peraturan yang ditetapkan kerajaan, termasuk berkaitan cukai dan sebagainya.

Buat masa ini, pihak Luno tidak memberikan sebarang latar masa berkenaan bilakah perkara mengenai ini akan diselesaikan sepenuhnya. Luno mengatakan mereka akan memberitahu pelangan mereka sebaik sahaja mereka mempunyai sebarang kemaskini atau perkara ingin dikongsikan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Akaun Bank Syarikat Penukaran Kriptowang, Luno Dibeku Oleh LHDN"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info