Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Maybank Dan Maxis Bekerjasama Melancarkan Maybank mPOS – Dijana Menggunakan Teknologi SoftSpace

Maybank mPOSSoftSpace merupakan salah satu penyedia perkhidmatan yang membolehkan penjual menerima bayaran kad kredit atau debit dengan menggunakan telefon pintar. Mereka sebelum ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak CIMB, dan hari ini, mereka secara rasminya turut bekerjasama dengan Maybank dan Maxis dalam melancarkan Maybank mPos.


Perkhidmatan Maybank mPos ini telah mula beroperasi sejak tahun lepas, tetapi baru hari ini sahaja pihak Maxis dan Maybank mengumumkannya secara rasmi. Menggunakannya, pengguna akan menerima sebuah terminal mudah-alih yang boleh dipasang pada peranti mudah-alih, sekaligus membolehkan mereka menerima bayaran melalui kad kredit dengan mudah.


Penjual yang ingin mendapatkannya, boleh mendapatkan pada langganan serendah RM10 sebulan, serta boleh menerima bayaran daripada kad Visa, MasterCard dan juga American Express. Maybank mengatakan ia ditujukan kepada mereka yang menjalankan perniagaan mudah-alih, dimana mungkin perlu menerima bayaran apabila menghantar barangan dan ini mungkin salah satu kaedah yang sesuai. Pada masa yang sama, pengenalan ini juga membolehkan para penjual kecil-kecilan untuk menerima kad kredit tanpa sebarang masalah.


Selain Maybank dan Maxis, sebelum ini CIMB dan Digi turut memperkenalkan perkhidmatan sama dan menggunakan teknologi daripada pihak Soft Space. UMobile turut mempunyai penawaran sama dibawah mereka dinamakan sebagai QuickPay.


Layari : Maybank mPOS





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maybank Dan Maxis Bekerjasama Melancarkan Maybank mPOS – Dijana Menggunakan Teknologi SoftSpace"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info