Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Tidak Lagi Membenarkan Aplikasi Pihak Ketiga Menerbitkan Perkongsian Pada Profil Anda

Ia menjadi kebiasaan sebelum ini untuk mana-mana aplikasi yang anda log masuk menggunakan akaun Facebook untuk menerbit perkongsian terus melalui profil anda. Kini, dengan skandal data melibatkan Facebook, gergasi laman sosial berkenaan turut melihat kepada arena ini.

Bermula hari ini, sebarang aplikasi baru yang dibuat di Facebook tidak lagi boleh menerbitkan perkongsian melalui profil pengguna. Sementara untuk aplikasi sedia ada, ia tidak lagi boleh menerbitkan perkongsian melalui profil pengguna bermula 1 Ogos 2018 kelak.

Sebagai ganti untuknya, Facebook mengalakkan para pembangun menggunakan butang perkongsian Share – sekaligus membuatkan seseorang pengguna melakukan perkongsian dengan pilihan mereka dan bukannya secara automatik.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Tidak Lagi Membenarkan Aplikasi Pihak Ketiga Menerbitkan Perkongsian Pada Profil Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info