Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sekolah Di UK Mula Menggunakan Jam Digital Kerana Pelajar Tidak Tahu Membaca Waktu Jam Analog

Kemampuan membaca waktu jam adalah perkara asas yang diajar di sekolah rendah. Tetapi di United Kingom sekolah mula menggunakan jam digital di dewan peperiksaan kerana pelajar tidak tahu membaca waktu pada jam analog yang digunakan selama ini. Bagi mengelakkan tekanan pada pelajar kerana gagal membaca waktu yang tinggal untuk menjawab soalan peperiksaan, jam analog mula digunakan.

Remaja di UK lebih biasa menggunakan jam digital sehingga kurang mahir membaca waktu jam analog. Masalah ini mula disedari selepas pelajar tahun sembilan, sepuluh dan sebelas (bersamaan tingkatan 3-5) mula mengambil peperiksaan GCSE dan A-Level. Bantuan pengawal peperiksaan sering dipinta oleh pelajar untuk memberitahu waktu jam analog yang secara tradisinya diletakkan di dewan peperiksaan.

Teknologi digital turut mendatangkan masalah kepada anak-anak sekolah rendah di UK. Kerana terlalu kerap menggunakan skrin sesentuh, semakin ramai anak-anak kecil tidak tahu cara memegang pensel yang betul di dalam kelas.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sekolah Di UK Mula Menggunakan Jam Digital Kerana Pelajar Tidak Tahu Membaca Waktu Jam Analog"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info