Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitter Kini Mempunyai 320 Juta Pengguna – Masih Mencatatkan Kerugian

Twitter ialah media sosial kegemaran kami kerana ia memberikan maklumat dengan pantas dan ringkas. Kami tidak mempunyai masa untuk Facebook dan karangan setengah kajang yang sentiasa muncul di susur masanya. Kami akui menghabiskan 70% kuota data kami hanya di Twitter. Sungguhpun begitu Twitter sebagai syarikat teknologi masih belum menunjukkan keuntungan dan mempunyai jumlah pengguna yang kecil berbanding media sosial yang lain. Di dalam laporan suku ke-4 2015, ia kini mempunyai 320 Juta pengguna. Sekilas pandang ia kelihatan seperti angka yang amat besar. Tetapi media sosial lain seperti Facebook mempunyai lebih dari 1 Billion pengguna aktif setiap bulan. Tambah merisaukan Twitter sebenarnya mengalami pengurangan 2 juta pengguna berbanding tahun lalu.

Twitter negative

Tidak semua berita mengenai Twitter hari ini adalah buruk. Pendapatan tahun lalu meningkat ke $710 Juta (peningkatan sebanyak 90%) dan syarikat hanya mencatatkan kerugian sebanyak $90 Juta. Kerugian menyeluruh berkurangan sebanyak 27%.  Pada waktu yang sama pengiklanan juga meningkat sebanyak 90% dari 130000 pelanggan. Pelbagai teknik pengiklanan diperkenalkan seperti menjual hashmoji khas untuk mempromosikan Ballon d’Or dan juga filem seperti Star Wars. Pengenalan susur masa menggunakan algoritma ala Facebook yang diperkenalkan sejak pagi ini diharap dapat menarik semula pengguna kepada perkhidmatan ini. Setakat ini dari apa yang kami lihat reaksi dari pengguna adalah negatif. Adalah Twitter akan terus mengalami pengurangan pengguna? Hanya masa yang akan menentukan. Kami hanya berharap Jack Dorsey akan meningkatkan usaha mengurangkan akaun bot yang digunakan oleh sesetengah individu untuk meningkatkan jumlah “peminat” mereka. Masalah membeli pengikut palsu ini sudah wujud sejak dahulu lagi dan masih belum diselesaikan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Kini Mempunyai 320 Juta Pengguna – Masih Mencatatkan Kerugian"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info