Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC One M10 Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan April 2016

Sementara LG dan Samsung sedang dalam persiapan akhir sebelum memperkenalkan telefon pintar baru mereka pada 21 Februari 2016 ini, pihak HTC pula dilihat hanya akan memperkenalkan peranti baru mereka pada bulan April 2016 kelak.

Dikenali dengan nama kod HTC One M10 buat masa ini, ia dikatakan nama akhir untuk produk berkenaan mungkin berbeza.

HTC One M10

Tidak begitu banyak perkara yang diketahui buat masa ini berkenaan dengan HTC One M10. Ia dilihat akan membawakan elemen rekaan yang selari dengan beberapa peranti mereka sebelum ini, dan pada masa yang sama tidak lagi menyertakan bar hitam dengan logo mereka pada bahagian hadapan. HTC One M10 ini kelak dijangka menyertakan skrin bersaiz 5.2-inci.

Dengan melancarkan ia pada bulan April kelak, pihak HTC mungkin akan menerima liputan yang lebih meluas berbanding pengenalan ketika Mobile World Congress yang sering dipenuhi pelbagai pengumuman peranti baru. Namun, ia juga mungkin membawa kesan negatif kepada jualan HTC kelak, memandangkan ketika itu peranti daripada Samsung dan LG mungkin telah dijual dengan meluas.

HTC dijangka akan mulakan jualannya bermula bulan Mei – sebulan selepas pelancarannya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC One M10 Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan April 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info