Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor View 10 Akan Ditawarkan Di Malaysia Mulai 15 Januari – Hadir Dengan Ciri-Ciri Seumpama Mate 10

Honor merupakan anak syarikat untuk Huawei, sekaligus membawakan sejumlah penawaran yang sama. Terkini, dengan pengenalan Mate 10 oleh Huawei, pihak Honor pula memilih untuk memperkenalkan Honor V10 – sebuah peranti dengan rekaan nirbingkai serta sejumlah ciri-ciri sama seperti Huawei Mate 10.

Honor V10 atau View 10 ini hadir dengan skrin 5.99-inci dengan resolusi 2160×1080 pixel, menggunakan rekaan nisbah skrin 18:9, dijana menggunakan Kirin 970, serta memori sehingga 6GB RAM.

Honor V10

Honor V10 turut menggunakan rekaan dwi-kamera belakang mengabungkan lensa 16MP RGB dan 20MP hitam-putih, sementara untuk rakaman kamera hadapan ia menggunakan lensa 13-megapixe. Peranti ini menggunakan bateri berkapasiti 3750mAh, panel pengecasan USB-C, serta hadir dengan bicu audio 3.5mm.

Seperti Mate 10, ia turut dijana menggunakan EMUI 8.0, serta sokongan kecerdasan buatan terbina – sebagai contoh pada bahagian aplikasi kamera yang boleh mengenal pasti dan mengoptimasikan rakaman sesuatu objek, serta sokongan terjemahan pantas hasil kerjasama pihak Microsoft.

Honor V10

Berkongsi lanjut mengenainya hari ini, Honor turut mengumumkan yang mana Honor View 10 akan hadir ke pasaran tempatan menjelang awal 2018 kelak.

Honor mengatakan ia akan ditawarkan bermula 15 Januari 2018 kelak. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor View 10 Akan Ditawarkan Di Malaysia Mulai 15 Januari – Hadir Dengan Ciri-Ciri Seumpama Mate 10"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info