Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Menguji Rekaan Antaramuka Baru Untuk Google Chrome

Acara Google I/O 2018 semakin hampir dan berita mengenai Material Design 2.0 semakin banyak tersebar. Terkini, melalui pelayar web percubaan Google Chrome Canary rekaan antaramyka baru diperlihatkan. Pengguna boleh mengaktifkan rekaan baru ini melalui tetapan flags dan memilih “Refresh” sebagai rekaan pilihan.

chrome://flags/#top-chrome-md

Rekaan baru ini lebih kemas dan tampak menarik. Di bahagian tab yang sebelum ini bersegi kini menggunakan rekaan serba bulat. Ikon tetapan pula kini berwarna seakan ikon dalam tetapan pada Android P. Selain itu, menu profile pula kini diubah dengan ikon baru dan diletakkan sebaris dengan bar carian.

Google telah menguji rekaan baru yang dikatakan Material Design 2.0 ini pada banyak aplikasi dan perkhidmatan mereka. Antaranya ialah Google Maps, pelancar untuk Pixel 3, ruang notifikasi dan talam sistem Chrome OS dan akan datang adalah rekaan baru untuk GMail. Maklumat lanjut mengenai Material Design 2.0 ini akan diumumkan pada acara Google I/O 2018 pada Mei kelak. Sama-sama kita nantikan.

Muat Turun Chrome Canary Di Sini



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Menguji Rekaan Antaramuka Baru Untuk Google Chrome"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info