Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Windows 10 S Dikatakan Akan Ditawarkan Sebagai S-Mode Dalam Windows 10

Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan Windows 10 S secara rasminya yang mana menawarkan sokongan sistem operasi Windows 10 dan memerlukan pengguna memasang aplikasi hanya daripada Microsoft Store sahaja. Ia telah mula ditawarkan bersama beberapa komputer riba, termasuk Surface Laptop.

Membezakan ia dengan sistem operasi Windows RT sebelum ini adalah dimana Windows 10 S boleh dinaik-taraf kepada sistem operasi Windows 10 penuh dengan mudah.

Windows 10 S

Kini, lanjutan daripadanya, hadir desas-desus baru mengatakan Microsoft mungkin mematikan produk Windows 10 S, sebaliknya menawarkan ciri berkenaan sebagai S-Mode dalam sistem operasi Windows 10 sedia ada.

Dengan S-Mode, ia akan mengehadkan penawaran sistem operasi Windows 10 untuk hanya boleh memasang aplikasi daripada Microsoft Store sahaja. Seperti biasa, pengguna dikatakan boleh naik-taraf kepada Windows 10 penuh dengan mudah melaluinya.

Langkah ini mungkin akan memudahkan lagi proses pemasaran, selain memudahkan pembangunan – memandangkan ia hadir dengan mod khusus, dan bukannya produk berasingan.

Seperti biasa, pihak Microsoft tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan hal ini buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Windows 10 S Dikatakan Akan Ditawarkan Sebagai S-Mode Dalam Windows 10"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info