Surface Laptop akan mula dijual di Malaysia pada 7 Februari ini dengan pra-tempahan dibuka sejak pertengahan Januari. Di Malaysia harga komputer riba ini bermula dari RM 4999 dan jatuh ke dalam kategori kurang mampu milik. Di Amerika Syarikat dua model baru Surface Laptop dan Surface Book 2 telah dilancarkan dengan harga yang lebih mampu milik.
Surface Laptop terbaru dijana oleh pemproses Intel Core m3, memori sebesar 4GB RAM dan storan 128GB. Model ini dijual pada harga $799 (~RM 3110). Surface Book 2 baru pula dilengkapi skrin 13.5 inci, dijana pemproses Intel Core i5, memori sebesar 8GB RAM dan storan 128GB yang dijual pada harga $1199 (~RM 4350).
Buat masa ini model terbaru Surface Laptop ini masih belum ditawarkan di Malaysia. Suface Book 2 pula sehingga kini masih belum memasuki pasaran tempatan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dua Model Baru Microsoft Surface Laptop Dan Surface Book 2 Dilancarkan"