Tiga model Huawei P20 dipercayai akan dilancarkan pada 27 Mac hadapan di Paris. Beberapa maklumat baru tertiris lagi minggu ini. Menurut laporan XDA Developer, Huawei P20 bakal menggunakan Android 8.1 dan pelancar terkini EMUI 8.1.
Maklumat ini ditemui selepas menganalisa firmware terkini yang ditemui di atas talian ke atas peranti Emily yang merupakan nama kod untuk P20. Ini akan menjadikan P20 peranti selain Pixel yang menggunakan versi terkini sistem operasi Android ini. Selain daripada itu, P20 turut dipercayai akan dilengkapi tri-kamera pada bahagian belakang dan sistem imbasan wajah 3D pada bahagian hadapan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei P20 Bakal Menggunakan Android 8.1 Dan Pelancar EMUI 8.1"