Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Memfailkan Permohonan Memperbaharui Tanda Dagang Logo Epal Berwarna Pelangi

Logo Apple yang digunakan sekarang menggunakan rekaan monokrom yang diperkenalkan pada tahun 1998. Sebelum itu logo buah epal dengan warna pelangi digunakan sejak 1977. Walaupun logo pelangi ini sudah hampir dua dekad tidak digunakan, Apple telah memfailkan permohonan untuk memperbaharui tanda dagang logo ini di Amerika Syarikat.

Di dalam permohonan yang difailkan, Apple menggunakan alasan logo ini bakal digunakan pada topi dan seluar maka hak tanda dagang perlu diperbaharui. Apple sudahpun menjual baju dan pelbagai aksesori dengan logo pelangi ini di Apple Park sejak ia dibuka.

Terdapat sejarah menarik di sebalik penggunaan logo pelangi ini. Ia tidak mempunyai kena mengena dengan pergerakan LGBT seperti yang kerap didengari. Sebenarnya warna pelangi digunakan bagi menunjukkan kemampuan Apple II memaparkan warna berbanding komputer lain di pasaran yang masih menggunakan skrin monokrom.

Logo ikonik ini direka oleh Ron Janoff dan menarik sekali rekaan awal logo monokrom beliau telah ditolak oleh Steve Jobs.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Memfailkan Permohonan Memperbaharui Tanda Dagang Logo Epal Berwarna Pelangi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info