Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Swift 3 Dan Lenovo IdeaPad 720S Yang Dikuasakan Oleh APU AMD Ryzen Mobile Bakal Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Beberapa minggu selepas APU (Accelerated Processing Unit) AMD Ryzen untuk komputer desktop diperkenalkan di Malaysia, nampaknya AMD Malaysia bakal mengumumkan APU AMD Ryzen Mobile mereka pula, yang akan dimuatkan didalam peranti laptop pada minggu hadapan.

Tidak banyak butiran yang diberikan mengenai model-model Ryzen Mobile yang akan diperkenalkan oleh AMD, tetapi melalui jemputan yang dihantarkan kepada kami, mereka juga akan memperkenalkan dua laptop yang dikuasakan oleh APU AMD Ryzen Mobile ini di acara tersebut.

Kedua-dua laptop ini termasuklah Acer Swift 3 dan juga Lenovo IdeaPad 720S yang telahpun diumumkan sejak Oktober tahun lalu. Mengikut dek persembahan yang diperlihatkan di acara pengumuman yang lalu, diantara spesifikasi yang diperlihatkan pada kedua-dua laptop ini termasuklah AMD Ryzen 5 2500U dan juga AMD Ryzen 7 2700U, storan SSD sebesar 256GB dan juga memori DDR4 sebanyak 8GB.

Butiran-butiran lanjut seperti spesifikasi yang lebih khusus, tarikh pengeluaran dan harga masih belum diketahui lagi buat masa ini. Kami akan melaporkannya sebaik sahaja pihak AMD Malaysia mengumumkannya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Swift 3 Dan Lenovo IdeaPad 720S Yang Dikuasakan Oleh APU AMD Ryzen Mobile Bakal Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info