Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Trend Micro Memperkenalkan Sistem Keselamatan IT Connected Threat Defence – Melindungi Syarikat Daripada Serangan Perisian Hasad

Apabila bercakap mengenai keselamatan IT di syarikat-syarikat besar, salah satu masalah yang sering membelenggu pakar-pakar IT ialah para pekerja sendiri yang sering tidak peka tentang fail-fail yang dimuat-turun kedalam peranti-peranti pekerjaan mereka.

 

Trend Micro, sebuah syarikat keselamatan IT yang cukup terkenal baru sahaja dilihat memperkenalkan beberapa perisian keselamatan IT yang boleh membantu syarikat-syarikat ini membanteras masalah serangan godaman melalui kejuruteraan sosial yang boleh mendatangkan kerugian yang besar kepada syarikat-syarikat ini.

 

Teknologi pertama yang diperlihatkan ialah sistem pengesanan cara penulisan menggunakan kecerdasan buatan. Sistem ini akan mempelajari cara-cara para pekerja di syarikat menulis emel, dan akan mengesan inbox para pekerja untuk memastikan bahawa emel yang mereka terima adalah betul-betul dari rakan sepejabat mereka.

Apabila emel yang diterima dilihat berbeza dengan cara penulisan yang AI tersebut pelajari, ia akan memberi amaran kepada pengguna bahawa emel tersebut mungkin bukan daripada rakan sepejabat anda, dan anda perlu berhati-hati jika anda ingin memuat turun lampiran emel yang hadir pada emel tersebut.

Dalam pada itu, Trend Micro juga memperkenalkan perisian Connected Threat Defence yang terbina didalam perisian keselamatan IT untuk syarikat, dan dengan perisian ini, ia akan menghalang sambungan daripada perisian hasad yang dimuat-turun secara tidak sengaja, dan memastikan bahawa maklumat didalam komputer tidak dicuri, dan akses kepada rangkaian dalaman syarikat tidak dikompromi.

Connected Threat Defence ini juga memastikan bahawa perisian antivirus anda sentiasa dikemaskini kepada versi yang terbaru secara automatik, dan menurut Trend Micro lagi, walaupun anda berada di luar rangkaian pejabat, komputer riba anda masih akan selamat daripada serangan-serangan perisian hasad.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Trend Micro Connected Threat Defence.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Trend Micro Memperkenalkan Sistem Keselamatan IT Connected Threat Defence – Melindungi Syarikat Daripada Serangan Perisian Hasad"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info