Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Redmi 5 Dengan 2GB RAM Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Hari Jumaat Ini

Xiaomi hari ini mengumumkan yang mana dua lagi variasi telefon pintar baru mereka akan dilancarkan untuk pasaran tempatan pada hari Jumaat ini. Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini, Xiaomi telah menawarkan Redmi 5 dan Redmi 5 Plus dengan 3GB RAM, dan kini ia dijangka variasi peranti dengan memori lebih rendah dan tinggi dijangka ditawarkan.

Redmi 5

Model yang dijangka ditawarkan adalah Redmi 5 dengan 2GB RAM dan 16GB storan, dan berkemungkinan juga kita akan melihat Redmi 5 Plus dengan 4GB RAM dan 64GB storan.

Sebelum ini, kita telah melihat Redmi 5 3GB RAM ditawarkan pada harga RM679, sementara Redmi 5 Plus 3GB RAM pula ditawarkan pada harga RM749.

Dengan model 2GB RAM untuk Redmi 5 ditawarkan di Malaysia, kita mungkin melihat ia adalah antara peranti dengan skrin nisbah 18:9 yang paling murah di pasaran tempatan.

Bagi anda sendiri, berapakah anda jangka harga jualannya kelak?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Redmi 5 Dengan 2GB RAM Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Hari Jumaat Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info